Thursday, February 3, 2011

3) TAK NAK KAHWIN

Assalamualaikum....

Gambar ini saya ambil dari fb senior saya di SMKANT merangkap senior BnK UPSI

Kak Sayidah...

Selamat Pengantin Baru



Gambar ini dari fb kawan saya Amyra..ni gambar masa dia bertunang..insyaALLAH bakal melangsungkan perkahwinan pada 5 hb Febuari iaitu lusa..maaf tak dapat pergi sebab tiket habis





 Ini pulak diambil dari fb kawan saya..syu aku tak g jugak sebab masa ni ada pertandingan debat...tak ingat debat apa..royal kot




Ini aku amik dari fb aku..aku g masa umi bertunang siap jadik tukang amik gambar lagi 
( bertuah ngko umi..bukan senang aku nak g tau)


Ni gambar masa adat makan gula...bakal mertua suap gula...pemanis katanya..biasanya aku tengok kat Penang ja ada


Pertama sekali, aku terasa nak buat entry ni sebab ramai dah dalam kalangan kawan - kawan aku dok buat kenduri menamatkan zaman bujang mereka


Selain kak Sayidah, yang lain semua kawan aku time f6...Kawan aku sekolah rendah, kawan masa tadika...ramai jugak dah berkahwin


Oleh sebab tu kadang - kadang aku miang jugak la..terutama bila kau borak ngan adik...


Contohnya semasa kami menunggu masa nak naik flight g Jepun...( masa ngah baring2 nak tidor dan mimpi ..berangan g Jepun..sebab nak p kayoh basikal ramai2 kat sana)



Aku : Best kan kawin?



Adik : Best?


Aku : Awat? Best apa..makan ada orang blanja..p mana ada orang bawak...


Adik: Hah? Yelah tu..Hang ingat kawen tu macam makan bubur kacang ngan qoti pat segi tawaq ka ( bahasa mudahnya biskut ping pong)


Aku : Uish...sedap apa..hang ni buat aku lapaq masa nak tidoq


Adik : Tapi kan Kak Ani nak kawen ni kena banyak ilmu


Aku : Yelah..tau tak pa


Adik : Tu yang adik takot tu..


Aku: Takot? sebab apa pulak


Adik : Hang nak mampoih..masak tak qheti, jahit lagilah fail..pastu nak mengaji pun teketaq2...esok nak ajaq anak2


Aku: Ha..betoi jugak noooo..tapi hang jangan tak kawin..aku tak larat jaga hang sampai tua



Adik: Hang tak payah jaga aku..ada orang jaga aku


Aku: Sapa? Suami hang ka?


Adik: Rumah Orang Tua - Tua...Aku p daftar sendiri



Aku : Kalau hang nampak jalan..kalau rabun macamna...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~TIBER - TIBER~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terdengar suara dari bilik sebelah

ABAH: AMBOI..Melampau aih depa....qeja sembang ja...celik mata ja..mulut jalan...dah nak lena pun nak sembang jugak ka


Aku : Hang tu la adik, ajak aku sembang


Adik : Aku pulak dah...



Aku dan Adik : Selamat Malam ABAH, Kami mintak Maaf ( jerit sekuat hati)



So, aku ada la baca beberapa entri yang mungkin memberi manfaat 



jadi pilihlah samada

A. MAHU KAHWIN

B. TAK MAHU KAHWIN




Sila baca






jadi fikirlah baik - baik....

BERKAHWIN atau TIDAK

* Mudah betul nak curi gambar dari fb..jadi jangan letak gambar sebarangan..sebab mudah diambil oleh orang lain..maybe ada yang kurang gemar dengan kamu..dia buat guna - guna ker ( bukan pemikiran kuno..sekadar berhati - hati)

SEKIAN

TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...