Assalamualaikum....
Entry ini aku tulis setelah aku membuat perkara yang tidak rasional setelah aku beremosi negatif iaitu MARAH
Kadang - kala marah itu hadir tatkala respon daripada orang lain yang menyakitkan hati
Marah aku kali ini bermula dengan cemas
Aku akan cuba kaitkan bagaimana emosi negatif mempengaruhi manusia secara psikologi dan biologi ( ini hanya mengikut pengamatan aku)
Bermula al - kisah..teman aku ini Nora yang bertolak pulang ke Tanjung Malim pagi 5 Januari 2011...
Aku pula membuat aktiviti pada hari itu sambil menanti kepulangannya...Aku pulang dari rumah sewa abang Adnan pada jam 4 petang. Masih lagi aku tak mendapat khabar berita dari temanku itu..
Perasaan cemas mula singgah di hati...tapi aku masih belum berfokus kepada perasaan itu kerana aku masih dalam emosi gembira sebab dapat tolong abang Adnan dan berkelah di sungai depan rumah sewanya
Bila jam di dinding sudah tepat jam 7..aku mula cemas dan bimbang..aku telefon tak berangkat..aku mesej tak berbalas......lalu..emosi yang negatif itu menguasai diri
Aku mula terfikir bukan - bukan, terus tak rasional pemikiran aku ( nampak tak psikologi aku dah berubah menjadi negatif sebab emosi aku negatif)
Ini CEMAS okey~
Perkara yang aku fikir
A. Isk budak ni..kena culik ker
B. Kalau dia jalan2 kat KL sorang2, kena pukau macamana
C. Dia g jumpak kawan ker
D. Manalah budak ni pergi, macamana la dia ni skrang...astagha
lalu persoalan itu terus menerjah dalam ruang minda
Tiba - tiba aku dapat mesej daripada Nora
Lebih kurang beginilah...."Tak ada sapa nak culik kita" hehehe..sori
Entah kenapa tak semena - mena aku MARAH
Lihatlah bagaimana bermula dengan emosi negatif CEMAS kemudian beralih kepada MARAH
sedangkan sepatutnya aku sudah boleh gembira kerana tahu dia selamat
Terukkan muka bila marah
Selepas itu aku menangis..entahlah aku benar - benar terusik dengan jawapan SMS itu...
Sepanjang hari apa yang aku fikirkan ialah soal keselamatan tetapi bila aku rasa jawapan itu seperti lawak jenaka dan serius,aku terus MARAH
sedangkan mungkin Nora mesej begitu kerana tidak mahu aku terlalu risau dan bimbang
aku tidak dapat dikawal...aku cuba berhenti tapi makin laju pulak air mata masa tu
Dalam masa yang sama, emosi marah itu masih lagi ada
Lalu jam 9, aku turun kerana ada beberapa mesyuarat
Apabila jam di komputer riba Amir hampir jam 11
kelibat Nora kelihatan di Kolej Harun Aminurrashid
Oh ya, dia menghulurkan tangan kepada aku untuk bersalaman
AKU?
Tidak menghiraukan langsung dan terus meneruskan perbincangan..seolah - olah dia tiada di situ
Aku tahu pasti hatinya amat terguris dan malu kerana di situ ada Zahora, Mus, Din, Fawiz, Amir, Abang Adnan dan Wanita Besi..
Balik perjumpaan itu, aku menulis surat dan ke rumah Nora membawa sebotol Vitagen Anggur sebagai tanda mintak maaf
Setelah aku mengetuk pintu beberapa kali, Nora masih tak membuka pintu..lalu aku mesej Nora
" Bukak pintu sekejap ada benda nak bincang"
Nora tak balas..lalu aku geram
Tengoklah betapa emosi negatif ini terus meracun pemikiran
sedangkan mungkin dia sangat letih sehingga tidak dengar bunyi ketukan pintu atau dia mungkin tertidur
biarpun aku mintak maaf, tapi marah masih belum habis kerana Nora masih belum memberi penjelasan...lalu aku biarkan malam berlalu
dan pagi tadi tiba - tiba aku cirit - birit
pelik sangat sedangkan aku makan apa yang abang adnan, wanita besi dan amir makan
tidak semena - mena pinggang aku juga terasa sakit..sebelum ini memang terasa sakit tetapi tidaklah teruk sangat
lalu aku teringat kata - kata pensyarah Psikologi Abnormal aku..
" Sakit emosi ini sebenarnya boleh dizahirkan dengan psikologi dan biologi "
Mungkin kerana saya tidur dalam keadaan marah lalu ianya memberi impak juga kepada biologi
Bagun pagi ini baru aku terfikir..mungkin Nora terperangkap dalam kesesakan lalu lintas..haish..kenapalah dia tak bagitau aku...
Sekarang ini aku malu dengan sikap ini
Aku juga malu nak jumpak Nora
paling penting
Saya mintak maaf yer Nora
Lalu aku google beberapa entry tentang marah
Jom KLIK...
KESAN EMOSI
Marah dan Kesan Marah
* Kadangkala sikap bimbang dan cemas ini baik diamalkan tetapi jika tidak kena caranya dan selalu diamalkan pasti membawa padah~
SEKIAN
TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment