Assalamualaikum...............
Setelah sekian lama saya tidak berkecimpung dalam bidang menaip ini, hari ini saya ingin mulakan semule kegiatan saya. Saya sebenarnya sudah mula menjadi blogger sejak semester dua, tapi malangnya akibat beberapa perkara yang berlaku dalam hidup saya, saya padam blog saya yang lama..
Saya juga tak tahu ini blog yang ke berapa..dan saya harap ini sahaja blog saya sampai bila - bila....Entri pertama ini saya tujukan buat lelaki di atas...semasa blog saya masih tidak terusik walau dengan setitik noktah dia telah menjadi follower saya
Untuk merungkai persoalan kalian tentang saya dan dia..saya akan buat dalam bentuk
Q & A...
1. Siapakah beliau?
Nama penuhnya Muhammad Fawiz Bin Bakri, asal Machang, Kelantan, berumur 23 tahun, semester 6, pelajar jurusan Pendidikan Bahasa Melayu dan minor Sastera
2. Sejak bila kami kenal?
Sejak semester 1, bermula dengan kelas olahraga dan kelas pembangunan sahsiah sehinggalah bertemu dalam dunia orator
3. Apakah hubungan kalian berdua? (soalan panas...cikgu Naza jangan marah )
Kami adalah kawan baik. Saya sangat selesa berkawan dengan beliau. Saya juga memahami kehendak beliau ( semasa kuarantin jer..okey)
4. Adakah anda mempunyai banyak kenangan bersamanya?
Oh, banyak sangat..sejak aku berkecimpung dalam dunia cakap - cakap ni, ada ja mamat ni menempek..banyak le kenangan terutama sejak satu team.....ASTAR,Piala Pengetua KHAR dan Royal 2009 dan Royal 2010 ( 2 kali tau )
5. Pendapat anda tentang dia?
Dia seorang lelaki yang nampak skema, tapi kadang - kadang agak suka bergosip
6. Apakah kelebihan yang ada pada dia sehingga membuat anda kagum?
Dia sangat bijak menulis dan bercakap Bahasa Inggeris
Dia sangat banyak pengetahuan dan suka melihat sesuatu isu berdasarkan perspektif yang berbeza daripada orang lain
Dia jugak akan berusaha keras untuk mencapai kejayaan
7. Apa yang lucu tentang dirinya?
Kalau dia ketawa dia akan tutup mulut..lawak sangat muka dia time ni
8. Apa yang dia paling risaukan ? (ikut pendapat anda)
Buat masa sekarang perut dia sebab orang asyik tegur kata dia gemoks....
9. Apakah perkara yang paling anda suka antara anda dan dia?
Dia adik aku..haha..dia lahir 5 hb Jun.....saya lahir dua hari awal dari dia
10. Apakah harapan anda pada dirinya?
Buat sahabatku Muhammad Fawiz Bin Bakri, abang kepada Fahman Bakri (sungguh motips kan)
aku doakan ngko menjadi cikgu yang baik, anak yang soleh, suami yang mithali, semoga sukses selalu dalam hidup.
Bila dah kaya jangan lupa aku
Terima kasih sabar melayan kerenah aku yang kadang - kadang mencapai tahap tak boleh diterima akal terutama masa kuarantin
Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa hang kat aku..macam2 aku paksa hang teman aku p pasar la..pastu gunakan pak cik KANCIL hang secara berleluasa
Semoga ALLAH sahaja membalasnya
SEKIAN
TERIMA KASIH SAHABAT
terima kasih yerr Aini.. :)
ReplyDelete