Thursday, April 21, 2011

12 ) INFO KE$IHATAN

Amik dari blog ni 


8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit diHarvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. Sorotnews

Monday, March 28, 2011

11)MANJA

MANJA

Kisah seorang manusia yang egonya tahap ketinggian tsunami

dengan sesiapa pun tetap kadar keras kepalanya mencapai paras bahaya

NAMUN

dengan teman yang berjaya menghuni taman hati

dia menjadi seperti seekor anak kucing yang manja

lalu, aku tersenyum dan berfikir

ALLAH itu MAHA BERKUASA

membolak balikkan perasaan manusia sekelip mata

ALLAHUAKBAR!!!!

Tuesday, March 1, 2011

10) Planner

Assalamualaikum

Planner?

Tahu tak apa benda tu?

sapa ada planner angkat tangan macam saya ( pengaruh kuat hantu mak limah..ok )

Aku sejak sem lepas ada planner

masalahnya ialah 

aku masih tak "plan" hidup aku

makanya planner tu ibarat hiasan di dinding

so, sejak akhir - akhir ni keinsafan melanda

aku pun isi la planner aku

malam - malam stay up sebab nak tulis planner ( motif )

Alhamdulillah

bleh tahan la

berkesanla

kalau aku rancang nak buat 8 benda dapat buat 2 ja ( ok aper..dari tak buat apa- apa kan)

Semoga aku terus bijak mengurus masa....

Planner aku warna biru depan ada gambar bangunan..sapa jumpak jangan curi tau

9) IKUT HATI

Assalamualaikum.....................

Ikut hati mati..

Selalu sangat dah aku dengar orang sebut

Kadang kala bila aku fikirkan tentang sesuatu

Aku sangat mudah ikut hati

Lepas tu apa lagi

ikut suka la

tapi itulah

kadang kala aku ni kalau tak luah apa yang terpendam

akan terendam

dan jiwa pun kacau

aku kena pujuk diri aku sendiri

sentiasa berfikiran positf biarpun hati aku menentang

lama - lama aku rasa

SAKIT HATI

hurm..

payah - payah

oh...SAKIT HATI

pergilah jauh

jangan rosakkan hubungan persahabatan AKU dan DIA


Tuesday, February 22, 2011

8) Membangkang itu salah?

Assalamualaikum................

Kamu dengar satu isu


kamu tak bersetuju


dan kemudian membangkang?


Kamu membangkang mesti bersebab

kadang kala kerana bertentangan dengan prinsip kamu

kadang kala kerana kamu rasa perkara itu salah

kadangkala kamu rasa ianya tidak mengikut cara yang betul






membangkang bukan bererti menentang






namun harus diingat




bangkangan harus relevan dan berasas




bagi orang yang dibangkang jangan mudah melenting




jika bangkangan ada asas




kaji dan nilai dahulu


masalahnya...ramai orang sekarang


selesa dengan kedudukan


dan jawatan




sehingga merasakan apa yang dicakap adalah arahan


dan dia sahaja yang betul




so...orang yang menetang akan ditentang dan dibuang


kalau ikut pandangan aku ...sampai bila kita tak maju


kalau asyik fikir kita betul






Sekian


Terima Kasih



8 ) PRK & PRK

Assalamualaikum......

Hangat dan bahang PRK sudah mula reda

oh PRK  dan  PRK

apa tu?

Pilihanraya Kampus ( PRK ) dan Pilihanraya Kecil (PRK )

Aku bukan ahli politik


tapi aku suka memerhati


secara kebetulan


kawan sekelas mintak aku tolong jadi wakil calon..jadi aku pun tolong


sebab aku kenal dia macamana


Calon aku ialah Muhammad Afiq Fikri Bin Mislan

dia menang ditempat keempat undi terbanyak calon umum


so..tinggalkan hal itu


kenapa aku kata PRK dan PRK


aku perhatikan cara berkempen


calon - calon Pilihanraya Kampus sama macam cara berkempen ahli politik semasa Pilihanraya Kecil


sebab apa?

..aku buktikan


1) Serangan peribadi masa bermanifesto ( amalan politik tidak sihat dan juga tidak membina mahasiswa)


2) Tersebar kertas - kertas fitnah ( sama lah jugak kalau ada Pilihanraya Kecil..tak percaya..tunggulah Kerdau dan Merlimau nanti )


3) Lobi melobi ( kes lompat - lompat parti...memang dahsyat ni )


4) Pertikaian tentang ketelusan pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( mula - mula ada pastu senyap)


5) Penyokong dan pengikut ikut - ikut ( inilah mahasiswa..mengaku diri ambil peduli..walhal..dalam masa yang sama perjuangan hanya iku - ikutan...perjuangan perlu difahami dan dihayati )


6 ) Fitnah - menfitnah ( ini penyakit yang perlu dibuang...berlawan dan bertanding secara intelektual dan bersahsiah )



Kesimpulannya ...bagi Pro - M mereka menang besar


bagi Pro - A mereka kalah besar

bagi aku ...kalo ngkorang dah jadik MPP..so kena buang ideologi..nak ada ideologi di luar ikut suka..dalam kampus janganlah..........satu kabinet kena wujudkan semangat kekitaan..kena ada program erat ukhuwah sama2 MPP..tak kisah ngko bertanding tiket apa pun..kena bersatu demi  kepentingan mahasiswa bukan kepentingan peribadi


Kena ada misi dan visi yang ingin dicapai bersama...paling penting semua kena jujur..tak puas hati cakap..jangalah simpan


Pemimpin cerminan mahasiswa


kalau ngkorang buat hal...orang akan judge semua budak UPSI


Ok

p/ s : pandangan sahaja...kamu boleh berbeza pandangan dengan saya


Sekian

Terima Kasih


Monday, February 7, 2011

7) BUKAN MAIN - MAIN

Assalamualaikum..........................


Orang kata...

Kalau makan tak kenyang

Mandi tak basah

Tidur tak lena 

semua tu simptom ANGAU


Semuanya bermula dari perasaan


Aku pulak

Kesihatan Jasmani dan Emosi amat penting bagi aku

sebabnya....bila aku dah nak dekat - dekat mengalami sesi pembuangan darah kotor

emosi aku akan berubah dengan dahsyat



tak percaya.........tanyalah adik, abah, mak aku dan dia



hanya kerana tak balas mesej mengamuk macam orang hilang anak

hanya kerana adik lambat jawab soalan aku, aku tolak semua barang atas meja solek

hanya kerana mak marah aku duduk atas riba dia, aku nangis

hanya kerana anak sedara aku cakap aku gemok aku hangin



memang masa ni aku akui sangat pelik rasanya....lain macam 

takut benar aku jadi swing mood



Kemudian ada lagi satu perkara aku akan alami bila emosi aku tak normal

Masa aku kat PLKN dulu, kan dahsyat latihan dia....aku agak tertekan dan sangat letih 


sehingga 


membuatkan darah kotor menjadi hitam



Pernah jugak masa aku ada salah faham dengan mak dulu

aku makan jer

terus muntah



Sekarang ni ada benda yang aku tak nak fikir...tapi ianya jadi unfinished bussiness sebab 


ianya 


tentang masalah yang tersimpan

so, aku tak lalu makan nasi

even kempunan giler nak makan nasi

semoga cepat baik wahai emosi


SEKIAN

p/s : Kalau teman wanita atau isteri yang jarang ngamuk tiber - tiber ngamuk may be simptom pra haid...so, orang lelaki kena banyak bersabar
TERIMA KASIH

Bleh lawat blog ni
Aku suka ayat dia
Thanks Allah…
T_T
thanks for remind me to always take a good care of my heart!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...